MENGURUS TEKANAN GURU



21 Mac 2013, Desa Petaling - IQ Class Management telah memenuhi undangan dari SK Desa Petaling untuk memberikan ceramah bertajuk Pengurusan Stres untuk Latihan Dalam Perkhidmatan guru-guru. Ceramah dimulakan pada jam 2.00 petang dengan penegasan yang diberikan oleh Perunding Utama kami bahawa, tekanan ini penting dalam memastikan kerja, tugasan serta amanah kita diselesaikan dengan sebaik mungkin.


Namun yang kita khuatirkan, adalah tekanan yang berlebihan yang akhirnya menyebabkan stres yang boleh mendatangkan sebab kepada pelbagai penyakit. Guru-guru diingatkan tentang keperluan hidup kita untuk sentiasa menybarkan senyuman, menghidupkan suasana dan menghindarkan konflik sesama guru. Tenaga itu lebih perlu untuk saling membantu.

Guru adalah penentu bakal pemimpin dan generasi baru akan datang. Jika guru terleka, maka, kesannya adalah kepada generasi akan datang. Kelekaan ini adalah disebabkan kesibukan untuk memenuhi keperluan hidup peribadi berbanding keperluan pembangunan generasi akan datang. Jika guru-guru stres kerana melihat anak-anak didik mereka dan sentiasa memikirkan apa akan jadi kepada mereka, maka stres ini pasti berbaloi khususnya untuk generasi akan datang.

Catatan Popular