MEMBINA MOTIVASI DENGAN KECINTAAN



16 Mac 2013, Hulu Langat - Kenangkanlah jasa ibu ayah dalam usaha untuk mengejar kejayaan di dalam peperiksaan UPSR. Begitulah di antara pesanan yang diberikan di dalam Bengkel Menyemai Minat Belajar di SK Lubok Kelubi untuk pelajar-pelajar tahun enam.


Pelajar diingatkan supaya menggunakan kelebihan yang ada untuk memastikan kejayaan dapat dicapai. Peserta dibimbing bagaimana untuk memberikan perhatian, memanfaatkan anugerah minda dan bagaimana memaksimakan penggunaannya.

Sesi akhir, peserta diingatkan kejayaan perlu datang dari motivasi yang tinggi melalui 5 kecintaan iaitu, cinta kepada kecemerlangan, cinta rakan dan teman, cinta guru-guru, cinta ayah dan cinta ibu. Perunding IQ Class Management yang telah menjayakan bengkel kali ini adalah Encik Mohammad Zaki dan Encik Johari.

Catatan Popular