MEMAHAMI PERANAN M.U.R.I.D YANG BERKAT



18 Mac 2013, Rawang - Murid memberikan makna yang jelas bahawa mereka adalah seorang pelajar dan dikawal selia oleh guru-guru mereka. Namun, ruang masa kuliah Maghrib yangndiberikan kepada Perunding Utama Latihan dan Motivasi membawa cerminan murid dari sudut yang sedikit.


Beliau dijemput memberikan ceramahnya di Sekolah Menengah Islam Al Haj yang bertempat di Bandar Tasik Puteri Rawang. IQ Class Management berasa amat berbesar hati dengan ruangan yang diberikan dan dapat bersama-sama dalam pembangunan pelajar mereka. Ia merupakan sekolah agama tahfiz persendirian.

Dalam ceramahnya beliau menyebutkan, menjadi murid harus punya matlamat yang jelas, bina keunggulan, tahap redha yang tinggi, ikhlas serta selalu berdoa kepada Allah untuk mengecapi kejayaan. Kami di IQ Class Management mendoakan semuanya berjalan lancar dan dirahmati Allah s.w.t.

Catatan Popular