KEPIMPINAN PERLU BELAJAR PATUH



23 Mac 2013, Sungai Buloh - Cuti sekolah telah bermula namun, komitmen telah menggerakkan pelajar dan guru SK Seri Pristana untuk mengisi hari pertama cuti persekolahan dengan Bengkel Kepimpinan Muda di sekolah. IQ Class Management diberikan kepercayaan untuk mengisi sebahagian besar dari bengkel yang disusun oleh pihak sekolah.


Seperti biasa, perunding utama IQ Class Management memulakan dengan beberapa aktiviti pembukaan dan pemecah bendungan. Namun dalam aktiviti kali ini, beliau menekankan satu perbincangan penting dari 3 yang dibincangkan iaitu, sebelum boleh memimpin, mestilah boleh dipimpin atau sediakan diri untuk patuh kepada arahan yang diberikan.

Ternyata, kesukaran untuk mematuhi arahan adalah faktor sesebuah organisasi gagal untuk melaksana tugas dengan lebih baik. Ini disebabkan terlalu ramai pemimpin di dalam satu organisasi, terlalu banyak arahan dan tiada yang ingin melaksana arahan. Ini disebabkan didikan keluarga atau situasi pelajar yang dibesarkan dengan perasaan ego, sombong dan mementingkan diri sendiri. Ia adalah penyakit pemimpin yang perlu di atasi jika kita ingin menjadi pemimpin yang agung suatu hari nanti.

Follow by Email

BERSAMA KAMI