IKRAR JANJI ANAK-ANAK CEMERLANG UPSR 2013

2 Mac 2013, Kota Damansara - Kali kedua, IQ Class Management bertandang ke SK Seksyen 11 Kota Damansara dalam rangka mengejar pencapaian akademik UPSR cemerlang tahun 2013. Kali ini kehadiran kami adalah bersama pelajar-pelajar tahun enam yang bakal menduduki peperiksaan UPSR 2013.


Pertemuan kali pertama Perunding kami yang lalu bersama ibu bapa pelajar diperjelaskan tentang aktiviti yang bakal anak mereka ikuti. Peserta kali ini didedahkan dengan cara belajar berkesan, keajaiban minda serta motivasi cinta.

Aktiviti diakhiri dengan bacaan ikrar dan penyerahan tanggungjawab ibu ayah kepada anak-anak. Ikrar dibacakan dengan bersemangat dan kami iringi dengan doa untuk melihat kejayaan anak-anak mereka. Semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t..

Catatan Popular