IBU BAPA PERLU POSITIF TERHADAP PERUBAHAN ANAK-ANAK

16 Mac 2013, Semenyih - "Ibu bapa harus bersedia untuk melihat anak-anak balik dengan perubahan mereka, bukan merendah-rendahkan atau berfikiran negatif", begitu pesanan yang disampaikan oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management kepada sebahagian ibu bapa pelajar SMK Engku Husain dalam ceramahnya.


Ceramah yang berlangsung hampir 1 jam 30 minit dihidangkan dengan pelbagai pesanan dan cerita pengalaman beliau sebagai peringatan dan iktibar kepada ibu bapa yang hadir. Beliau juga menjelaskan bahawa ibu bapa harua berkenalan semula dengan anak-anak mereka melalui minat dan siapa pengaruh persekitaran kita.

Ibu bapa harus menjadi ejen membaikkan persekitaran anak dengan lebih memainkan peranan dari rumah. Usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah harus diberikan bantuan dan perhatian agar segala usaha ini disambut dengan demi kejayaan anak-anak bersama.

Catatan Popular