IBU BAPA GIGIH PASTI TERCABAR

15 Mac 2013, Kuala Selangor - Sekolah Rendah Agama Kunci Air Buang telah menganjurkan ceramah keibubapaan bertajuk Mendidik Akhlak dan Peribadi anak-anak yang telah disampaikan oleh Perunding Utama Latihan dan Motivasi IQ Class Management hampir 1 jam 30 minit.


Ibu bapa diingatkan tentang cabaran untuk mendidik anak-anak haei ini amat jauh perbezaannya berbanding puluhan tahun dahulu. Perbezaan ini menyebabkan ibu bapa perlu lebih gigih dan kreatif membina hubungan dan kepercayaan di kalangan anak-anak mereka.

Alhamdulillah, ceramah berjalan lancar bermula jam 3.00 petang dan berakhir pada jam 4.30 petang. Semoga Allah rahmati usaha baik penganjur dan kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberikan kepercayaan untuk berkongsi pengalaman dan pengajaran bersama ibu bapa yang hadir. Terima kasih.

Catatan Popular