GURU BERSEMANGAT MELIHAT MURID BERJAYA

6 Mac 2013, Hulu Langat - IQ Class Management untuk tahun berikutnya diberikan kepercayaan sekali lagi untuk memberikan ceramah bertajuk Motivasi Cinta kepada pelajar-pelajar tahun 6 SK Taman Puteri Hulu Langat.

Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, peserta diberikan suntikan motivasi berkonsepkan muhasabah untuk menjadi daya penolak kepada pelajar-pelajar UPSR. Usaha tahunan ini merupakan salah satu usaha sekolah untuk mempersiapkan minda pelajar agar bersungguh-sungguh dalam pelajaran mereka.

Kami di IQ Class Management amat berbesar hati kerana untuk tahun berikutnya kami masih diberikan kepercayaan untuk melakukan tugas yang sama di SK Taman Puteri. Terima kasih dan ini merupakan satu penghargaan yang tidak ternilai buat kami.


Catatan Popular