ANAK BERJAYA KERANA IBU BAPA BERJASA



10 Mac 2013, Gombak - Perunding Utama Latihan dan Motivasi telah menyampaikan ceramah bertajuk Ibu Bapa Cemerlang Anak-anak Terbilang kepada ibu bapa berjasa dari SK Gombak (1) di Pusat Latihan Sedayu, Alang Sedayu Gombak. Ceramah yang berlangsung satu jam dimulakan dengan beberapa pergerakan fizikal ibu bapa yang pada permulaannya tidak begitu ramai.


Sepanjang ceramah berlangsung, ibu bapa hadir sedikit demi sedikit memenuhi ruangan hadapan dewan dan khemah mendengar ceramah yang diberikan. Kami amat percaya, itulah wajah-wajah ibu bapa yang berjasa yang akan mengemudi keluarga sehungga anak-anak mereka berjaya. Komitmen yang tinggi serta istiqamah untuk memastikan anak-anak mendapat apa yang sepatutnyandalam tempoh umur muda mereka.

Kami di IQ Class Management melaksana tugas kami sebaik yang mungkin sebagai perunding untuk menyampaikan maklumat serta berkongsi pengalaman daripada situasi dipersekitaran kita. Terima kasih yang tidak terhingga atas kepercayaan yang terus menerus diberikan oleh rakan latihan kami Sedayu Event Management. Kami berbangga kerana dipilih menjadi sebahagian dari pembinaan keluarga ini. Semoga usaha yang dilakukan dirahmati Allah.

Catatan Popular