SEMAI DI SK KELANA JAYA 2

5 Februari 2013, Kelana Jaya - Tahun seterusnya untuk tahun ke enam, IQ Class Management terus diberikan kepercayaan oleh pentadbir SK Kelana Jaya 2 untuk melaksana bengkel untuk pelajar. Tetapi pada tahun ini, Bengkel Menyemai Minat Belajar menjadi pilihan pihak sekolah.

Bengkel yang bermula jam 8.00 pagi ini didahului perunding utama dan diikuti dengan sesi bersama perunding Mohammad Zaki sehingga rehat jam 10.30 pagi.  Kemudian peserta berkesempatan bersama perunding Johari dalam slot motivasi ringkas dan beberapa ulangkaji pembelajaran sebwlumnya.

Kami di IQ Class Management amat mengharapkan agar usaha ini diberkati Allah dan dapat melahirkan pelajar yang cemerlang di sekolah dan ke mana sahaja yang mereka pergi. Terima kasih sekali lagi kepada pihak sekolah kerana mempercayai kami untuk melaksana bengkel ini.


Catatan Popular