SEKOLAH AGAMA AL-HIDAYAH

9 Februari 2013, Rapat Setia Ipoh - Perunding Utama kami bersama perunding Johari telah memenuhi jemputan Kursus Eksplorasi Kepimpinan Muda Islam atau KEMudI di Sekolah Menengah Al-Hidayah Ipoh. Kursus yang bermula jam 9.00 malam, 8 Februari dihadiri oleh peserta seramai hampir 70 orang yang terdiri daripada kepimpinan pengawas, BADAR dan KRS. Aktiviti dimulakan dengan sedikit muhasabah diri serta sesi pemecah bendungan yang membentuk kumpulan dan perlantikan penghulu dan penghuluwati.

Pada hari kedua, aktiviti peserta didahului dengan qiamullail seawal jam 5.00 pagi. Alhamdulillah komitmen tinggi ditunjukkan peserta sehingga kursus tamat pada lewat jam 5.00 petang. Aktiviti secara keseluruhannya berbentuk permainan bermodul, perbincangan dan pembentangan.

Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur yang memilih kami dan memberikan kepercayaan yang tinggi terhadap kami untuk membimbing kepimpinan muda ini. Mudah-mudahan, ia dapat memberikan natijsh yang baik di dunia dan akhirat kita bersama.


Catatan Popular