SEKALI LAGI DI AMANAHKAN DI ASIS

3 Februari 2013, Cheras - Kami sekali lagi dijemput untuk melaksana program gilap minda SM Sains Alam Shah bermu 1 hingga 3 haribulan di sekolah mereka sendiri.

Program yang bermula seawal pagi jam 9.00 hari Jumaat, didahului dengan taklimat dan pemecah bendungan yang diketuai oleh perunding utama sendiri. Pengalaman bersama tingkatan empat pada tahun lepas membuka mata dan minda kami tentang kepentingan untuk agresif bersaing dalam konteks pelajar di sekolah mereka.

Melatih pelajar kelas pertama ini merupakan peluang untuk melihat negara kita pada masa depan dan pengalaman-pengalaman kami bersama pelajar biasa di sekolah lain memperlihatkan bentuk fikir masyarakat yang akan datang. Keduanya perlu, namun keduanya perlu dibimbing dan dibentuk dengan sebaiknya.

Kami di IQ Class Management amat mengharapkan natijah yang terbaik dan semoga usaha semua pihak ini Allah balas dengan keberkatan umur dan keselamatan di dunia dan akhirat.


Catatan Popular