KEMBALI KE SK SERENDAH

31 Januari 2013, Serendah - IQ Class Management sekali lagi dijemput memenuhkan sesi latihan di SK Serendah. Kali ini, fokus awal permintaan pihak sekolah adalah kepada 80 orang peserta untuk diberikan latihan dalam Bengkel Kemahiran Belajar.

Bengkel berlangsung dalam tempoh setengah hari, bermula seawal 8.00 pagi dan akhirnya tamat jam 1.00 petang. Aktiviti diawali dengan pengenalan bengkel oleh perunding utama kami, disusuli dengan sesi bersama perunding Mohammad Zaki sehingga tamat bengkel.

Selepas rehat, peserta berkesempatan bersama perunding Johari untuk sedikit sesi motivasi. Alhamdulillah, hasil perbincangan bersama guru pembimbing, kami berkesempatan menjelaskan dan berkongsi pandangan dalam perkara yang dapat membantu pelajar lebih berjaya. Kami di IQ Class Management mendoakan segala usaha yang dijalankan dibeeikan natijah baik dan cemerlang kepada SK Serendah.


Catatan Popular