SK TAMAN MALURI

12 Januari 2013, Taman Maluri, Kuala Lumpur - Langkah IQ Class Management dipanjangkan ke SK Taman Maluri bertemu dengan pelajar tahun enam dalam Bengkel Menyemai Minat Belajar. Bengkel yang berlangsung serentak dengan ceramah motivasi untuk ibu bapa pelajar.


Bengkel dimulakan dengan didahului oleh Perunding Utama kami dengan sesi taklimat dan pengenalan bengkel. Kemudian aktiviti bersama pelajar seramai 146 orang diteruskan sesi bersama Perunding Mohammad Zaki sehingga rehat. Pelajar berpeluang untuk berkongsi maklumat mengenai keupayaan yang ada dalam diri mereka.

Sesi di akhiri dengan sesi muhasabah ringkas yang dijalankan oleh Perunding Utama sendiri. Kami di IQ Class Management berharap usaha ini diberkati Allah s.w.t. Kami juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada IQ Class Management.


Catatan Popular