SK TAMAN KLANG JAYA

8 Januari 2013, Klang - Kerancakan persediaan sekolah-sekolah menghadapi tahun 2013 telah membawa IQ Class Management ke SK Taman Klang Jaya untuk 2 sesi ceramah kepada seramai lebih kurang 170 orang pelajar tahun 4. Ceramah dibahagikan kepada 2 kelompok pelajar bagi memastikan penyampaian yang terbaik buat mereka yang mendengar.



Ceramah bertajuk Aku Ke Dunia Baru merupakan modul ceramah 1 jam 30 minit untuk membuka minda pelajar tahun 4 mengenai perpindahan mereka dari tahap 1 ke tahap 2 di sekolah. Mereka dinasihatkan untuk melakukan beberapa perubahan pada diri mereka untuk menyesuaikan diri dengan cara belajar di tahap 2.

Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberikan kepercayaan kali kedua kepada kami setelah tahun lalu untuk menyampaikan sedikit maklumat kepada pelajar-pelajar tahun 4 SK Taman Klang Jaya. Semoga mereka berjaya mejadi pelajar yang diidamkan oleh guru-guru mereka. Terima kasih.

Catatan Popular