SK SEKSYEN 11 KOTA DAMANSARA

19 Januari 2013, Kota Damansara - Perunding Utama IQ Class Management telah memenuhi jemputan ceramah bertajuk Ibu Bapa Sebagai Faktor Motivasi di SK Seksyen 11 Kota Damansara.


Ceramah yang bermula jam 11 pagi tamat jam 12.30 tengahari itu dihadiri oleh lebih 70 orang ibu bapa dari kalangan anak-anak mereka yang berada di dalam darjah 5 dan 6. Ceramah berjalan dengan lancar dan penceramah memulakan sesinya dengan ceria.

Ibu bapa peserta diingatkan dengan beberapa perkongsian penting disamping persiapan mereka untuk membantu anak-anak mereka cemerlang dalam peperiksaan. IQ Class Management amat berbesar hati kerana menjadi pilihan untuk membantu membangunkan pelajar-pelajar di SK Seksyen 11 Kota Damansara.


Catatan Popular