SK PARIT ENAM SUNGAI BESAR

10 Januari 2013, Sungai Besar - IQ Class Management diwakili oleh Perunding Utamanya bersama fasilitator Ahmadi tiba di SK Parit Enam tepat jam 8.00 pagi. Walaupun ceramah bermula jam 8.10 pagi, kehadiran kami disambut oleh guru-guru yang telah menyediakan pelajar-pelajar tahun enam di dewan bagi mendengar ceramah bertajuk Motivasi Belajar Berkesan.


Ceramah berlangsung selama hampir 3 jam dengan sesi ini ditekankan mengenai matlamat serta motivasi pelajar untuk terus berusaha sehingga berjaya tidak kira taraf, latar belakang mahupun susah senang kehidupan. Pada asasnya, kejayaan amat bergantung kepada apa yang mereka fikirkan tentang diri mereka. Sikap dan kemahuan untuk mencapai kejayaan perlu ada dan tidak menghalangi diri sendiri untuk berjaya.

Ceramah kami tamat hampir jam 11.00 pagi dan kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang masih memberikan kepercayaan ini kepada kami untuk memberikan peringatan dan motivasi semangat kepada pelajar-pelajar tahun enam SK Parit Enam. Semoga usaha guru-guru ini diberkati Allah s.w.t. dan memberikan kesan yang baik kepada pelajar-pelajar.

Follow by Email

BERSAMA KAMI