SK BANDAR BARU BANGI

4 Januari 2012, Bandar Baru Bangi - Hari kedua, selepas semalam kami bersama pelajar-pelajar SK Bandar Baru Bangi untuk Bengkel Kemahiran Belajar selama 2 hari. Semalam, topik perbincangan meliputi Kemahiran Belajar teknik mengingat dan peta minda.


Sesi pertama hari ini peserta digerakkan ke dalam 4 kumpulan bersama 4 orang fasilitator untuk meneliti, memahami dan melakukan lebih banyak latih tubi berkenaan peta minda. Alhamdulillah ia berjalan lancar dan pelajar semakin memahami konsep yang dijelaskan semalamnya.

Sejurus selepas rehat, peserta diajak bermain satu permainan sebagai proses yang sebut sebagai 'energizer'. Sesi ini kemudiannya disambung oleh Perunding Utama kami untuk sesi Belajar Cara Belajar Berkesan dan Pengurusan Masa. IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih atas penghargaan dan dan mendoakan pelajar UPSR 2013 khususnya di SK Bandar Baru Bangi akan mendapat keputusan yang terbaik buat diri mereka dan juga sekolah mereka. Bengkel tamat pada jam 12.30 tengahari.

Catatan Popular