LANGKAH PERTAMA 2013

3 Januari 2013, Bandar Baru Bangi - IQ Class Management telah memulakan langkah 2013 dengan menjalankan Bengkel Kemahiran Belajar di SK Bandar Baru Bangi. Bengkel yang bermula jam 8.00 pagi berakhir pada jam 1.00 petang dengan pengisian bengkel tertumpu kepada usaha untuk memberikan keyakinan kepada pelajar tentang keupayaan otak mereka serta mempelajari dan melakukan latih tubi teknik mengingat dan peta minda.


Peserta seramai hampir 240 orang dibantu dan dibimbing oleh Encik Kamarul Azami, Encik Johari, Mohd Azali dan Wan Saiful serta Encik Mohammad Zaki selaku peneraju bengkel sehingga tamat hari ini. Bengkel ini akan bersambung pada keesokan harinya untuk memenuhi beberapa tajuk penting lagi dan merupakan tindakan awal untuk memastikan kejayaan serta kecemerlangan anak didik mereka di SK Bandar Baru Bangi.
Kami di IQ Class Management mendoakan semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t. dan datang dari keikhlasan para pendidik untuk melihat anak didik mereka berjaya dari sudut akademik dan sahsiah mereka. Kami berbangga dan rasa terpikul atas amanah yang diberikan dan ini merupakan satu penghargaan kepada kami kerana diberikan kepercayaan untuk sama-sama dalam pembinaan kecemerlangan mereka. Terima kasih.

Catatan Popular