KETAWA, FIKIR DAN MENANGIS

Pengalaman menjadikan kita semakin dewasa semakin menghargai masa yang kita punyai ini. Namun, bagaimana perasaan kita setiap hari? Adakah ia sentiasa dipenuhi atau adakah kita rasa hari kita itu dipenuhi? Adakah dengan ketawa, gembira hidup kita dipenuhi? Atau adakah dengan berfikir, atau mungkinkah dengan menangis?

Mari kita bersama amati kehidupan kita. Berapa banyak kita ketawa, berfikir dan menangis? Kesempurnaan kehidupan kita perlu kepada tiga perkara ini. Gembira dengan rezeki yang kita kecapi, dengan ketawa kerana rasa aman, kelakar, terhibur dan sebagainya. Manakala berfikir dikala bekerja, ada masalah, berlaku kerumitan dan juga menangis apabila terleka, di duga, datang kecelakaan dan rasa berdosa.


Ketawa kita buat hampir setiap hari. Jika tidak, hidup seolah-olah dirundung malang dan tiada semangat serta keceriaan. Di sebalik ketawa perlu ada rasa syukur kerana keamanan dan ketenangan yang dirasai kerana dalam kita ketawa, adakalanya teman kita sedang berduka. Maka tiba waktu berfikir, memikirkan jalan penyelesaian, merasai kesukaran yang dihadapi teman kita. Peruntukkanlah masa untuk kita berfikir, usah penuhi hidup hanya dengan ketawa yang tiada sudahnya.

Apabila daya fikir ini hidup, maka hati akan mudah rasa bersalah, berdosa dan rasa sedih akan meliputi diri kita. Inilah waktu indah bermuhasabah diri kita. Andai hari ini kita ketawa tetapi saudara kita menderita, apakah kita mengambil peranan dan tanggungjawab kita? Mari kita fikirkan sejenak, bayangkan diri kita jika kita seorang pelajar, dalam sehari, berapa banyak kita ketawa? Berapa lama kita berfikir? Bila kita muhasabah diri kita? Jika kita seorang guru pula, berapa banyak kita buatkan orang ketawa? Berapa ramai yang berfikir dan bermuhasabah diri bila bersama kita? Jika kita orang pejabat pula, berapa ramai yang ketawa kerana kita di pejabat dan berapa ramai pula yang kita berjaya ajak mereka berfikir dan muhasabah diri?

Jika kita mampu ketawa, maka ajak orang lain ketawa bersama kita, jika kita mampu berfikir, maka galakkan orang lain berfikir, jika kita selalu menangis, maka ingatkan juga orang lain tentang perkara yang kita tangisi. Mungkin kerana itu, kita digalakkan untuk mengingati mati, jadikan hari ini lebih baik dari semalam. Jom TUNE diri kita semula demi hidup yang lebih bermakna. Ketawa, berfikir dan menangis setiap hari.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI