BERSAMA PELAJAR UTeM

12 Disember 2012, Melaka - Perunding Utama Latihan Dan Motivasi IQ Class Management telah dijemput bagi memenuhi sesi ceramah kepimpinan bagi pelajar-pelajar kejuruteraan elektronik di UTeM. Ceramah yang berlangsung lewat jam 2.30 petang membincangkan tentang kepentingan memiliki daya kepimpinan dan keperluan secara umumnya pelajar dalam organisasi di kampus.


Sesi berjalan lancar dengan ceramah diselang-selikan dengan aktiviti serta persembahan dari peserta sendiri. Ceramah yang berakhir pada jam 5.30 petang diakhiri dengan pesanan tentang pentingnya sifat prihatin mahasiswa terhadap masyarakat yang hampir dengan mereka.

Mereka juga diingatkan tentang dunia yang bakal mereka tempuhi kerana apa yang mereka lakukan hari ini bukan hasilnya hari ini dan bukan untuk hari ini tetapi segalanya untuk hari esok. Kami di IQ Class Management mengucapka jutaan terima kasih buat penganjur kerana memberikan kamipeluang bersama pelajar-pelajar di UTeM yang mana kami sentiasa menanti dan mengharapkan agar dapat berkongsi pengalama dan pengetahuan bersama mahasiswa dimana-mana kampus. Jika anda berminat untuk mengetahui atau menggunakan khidmat nasihat kami di IQ Class Management adalah amat dialu-alukan.

Catatan Popular