CUTI PERSEKOLAHAN

Mengisi cuti dengan baik dan bermakna. Dirancang untuk menghubungkan silaturrahmi. Ada juga tidak merancang cuti mereka. Aktiviti anak-anak bebas dan tidak terkawal. Akhirnya mereka terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat, membuang masa serta menonjolkan akhlak yang tidak elok dihadapan orang lain yang melihat mereka. Nabi telah pesan, rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara.  Masa yang dianugerahkan perlu diisi sebelum sampai masa kesukaran yang Allah janjikan, apatah lagi kematian yang pasti akan bertamu tidak lama lagi.


Maka, masih belum terlewat buat ibu bapa untuk memanfaatkan masa lapang anak-anak kita dengan aktiviti yang baik yang dapat memberi kesan kepada sosial, fizikal, intelek, emosi dan kerohanian. Ini merupakan tanggungjawab ibu bapa untuk merancang cuti untuk anak-anak mereka. Ia adalah usaha ibu bapa untuk mendatangkan minat remaja kepada aktiviti yang berfaedah. Kewajipan lebih banyak berbanding masa yang kita ada. Sementara kita ada kesempatan dan punya kuasa pemutus kepada anak-anak, maka gunakanlah sebelum terlambat. Apabila mereka sudah punya kuasa menandingi kuasa ibu bapa, pada kala itu sudah terlambat untuk kita paksa mereka. Kita mahukan doa anak soleh mengiringi kita, maka usahanya bermula dari sekarang bukan nanti atau esok mahupun bulan depan, tetapi sekarang.

Perancangan cuti sekolah ini adalah sebagai usaha apabila mereka memulakan perjalanan persekolahan mereka semula, menjadikan cuti sekolah ini menjadi kenangan termanis buat mereka dan semangat baru untuk mereka kembali ke sekolah. Semangat yang datang hasil dari kasih sayang, perhatian, serta perkongsian cita-cita antara anak-anak dan ibu bapa mereka. Sentuhan ibu bapa lebih bermakna berbanding guru-guru mereka, manakala sentuhan rakan-rakan mereka mempunyai pelbagai kesan sampingan yang tidak upaya kita pastikan baik atau buruknya. Maka, ibu bapa perlu bertindak sesegera mungkin. Isilah baki cuti persekolahan ini dengan sebaiknya.

Follow by Email

BERSAMA KAMI