SK SUNGAI SERDANG

23 Oktober 2012, Kapar - Buat kali yang ke lima, kami telah bertandang ke SK Sungai Serdang, bertemu dengan pelajar-pelajar tahun 6 2012. Kali ini, misi kami lebih besar iaitu memberikan pendedahan kepada mereka tentang dunia yang mereka singgahi selepas ini iaitu, dunia remaja.


Ceramah dimulakan jam 8.30 pagi dengan diwakili Perunding Utama kami. Seperti perbincangan sebelumnya, tajuk Selangkah Ke Alam Remaja. Pendedahan dalam kupasan ceramah ini diakui penting oleh guru-guru kerana kebanyakan mereka tahu benar akan perubahan yang berlaku kepada pelajar mereka di sekolah menengah.

Pada guru, pendedahan ini amat wajar dan harus dikembangkan diperingkat sekolah menengah pula. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih atas peluang ini dan semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t.

Catatan Popular