SK SERDANG

12 Oktober 2012, Serdang - IQ Class Management sekali lagi bertandang ke SK Serdang dengan misi untuk mempersiapkan adik-adik di sana tentang dunia baru yang bakal mereka tempuh, dunia awal remaja atau lebih khususnya alam sekolah menengah. Peserta telah bertemu dengan penceramah untuk kali keempat pada tahun ini bersama Perunding Utama Latihan Dan Motivasi, dan kali ini membawa misi kecemerlangan sahsiah.


Ceramah dimulakan sama sebagaimana biasa dan kali ini ia lebih kepada mengulangkaji apa yang pelajar telah dengar sebelum ini. Pelajar melalui perbincangan zaman kanak-kanak mereka, zaman remaja, dan pengaruh buruk yang akan datang kepada diri mereka.

Kami di IQ Class Management amat mengharapkan usaha ini berterusan dan berkekalan hingga anak-anak ini berjaya. Kami ucapkan jutaan terima kasih kerana masih memberikan kepercayaan kepada kami untuk memberikan input yang bermanfaat kepada pelajar SK Serdang ini. Kami doakam kalian sentiasa dilimpahi rahmat dari Allah s.w.t..

Catatan Popular