SK PETALING (2)

7 November 2012, Petaling - Perjalanan awal pagi Perunding Utama, Encik Kamarul Azami dan tiba di SK Petaling (2) jam 8.20 pagi membuka pengalaman baru mengisi usaha sekolah untuk menanam minat hadir ke sekolah.


Program yang dijalankan sepanjang hari persekolahan ini merupakan program julung kalinya bagi menanamkan minat untuk suka ke sekolah, sayangkan sahabat dan sentiasa sihat sehingga diberikan nama JOM 3S. Inilah usaha sekolah yang patut diberikan pujian yang tidak berhenti-henti untuk mendidik dengan apa medium sekalipun.

Program ini julungkali diadakan dan kami di IQ Class Management diberikan amanah untuk menjadi penyumbang idea dan nasihat dalam menjayakannya. Semoga semangat yang ada pada guru-guru ini tetap marak dan meneruskan kerja-kerja yang diredhai Allah.

Follow by Email

BERSAMA KAMI