SK PADANG TEMBAK 2

2 November 2012, Kuala Lumpur - Perunding Utama IQ Class Management telah tiba di SK Padang Tembak 2 pada jam 7.45 pagi setelah menempuh kesesakan lalu lintas awal pagi di sekitar Jalan Semarak. Ketibaan kami disambut mesra dan di bawa bertemu guru besar SK Padang Tembak 2.

Ceramah bermula seperti mana kebiasaan dengan unit perkenalan melalui proses tumpuan dan senyuman. Kali ini tajuk yang disampaikan adalah Kerjaya: Mengenali Potensi Diri. Peserta adalah dikalangan pelajar tahun 6. Pada awalnya keadaan agak sunyi dan terlihat wajah pelajar yang begitu tekun untuk mendengar ceramah yang akan disampaikan.

Respon peserta agak lambat, namun, pengalaman telah memberikan penceramah satu kelebihan untuk menghidupkan suasana. Nampaknya peneeimaan peserta baik, cuma keperluan untuk mencatat nota hasil dari ceramah yang diberikan amat kurang. Walaupun telah dipesan guru mereka.

Apapun, kami ucapkan jutaan terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami untuk menyampaikan ceramah ini. Semoga segala usaha oleh guru-guru SK Padang Tembak 2 diberkati Allah.

Catatan Popular