SK KIARAMAS

19 Oktober 2012, Kuala Lumpur - Hujan mengiringi IQ Class Management ke SK Kiaramas untuk satu slot ceramah bertajuk Bijak Belajar. Slot ceramah ini mensasarkan kelompok terpilih dikalangan pelajar tahun 4 dan 5 SK Kiaramas sebagai usaha untuk mengubah sikap dan pandangan diri mereka terhadap pembelajaran mereka.


IQ Class Management diwakili Perunding Utama Latihan Dan Motivasi untuk ceramah selama 2 jam bermula jam 8.30 malam. Perbincangan dalam ceramah kali ini mengetengahkan perbincangan tentang cita-cita, disiplin diri, dan pelbagai lagi yang berkaitan dengan perkembangan dan kejayaan diri.

Kami di IQ Class Management amat mengharapkan usaha pihak sekolah ini diberkati dan memberikan impak yang positif kepada pelajar-pelajar. Jutaan terima kasih dan penghargaan kepada pihak sekolah yang sekali lagi memberikan kepercayaan kami untuk  memberikan input yang baik kepada peserta. Terima kasih.

Catatan Popular