SK BANDAR BARU BANGI

30 Oktober 2012, Bandar Baru Bangi - Tahun 2012 menjadi tahun yang berikutnya, kami IQ Class Management mendapat mandat dan kepercayaan untuk melaksanakan Kursus Asas Kepimpinan Muda di SK Bandar Baru Bangi.

Kursus yang disusun bercirikan Asas Kepimpinan Muda BIJAK mengandungi 5 elemen iaitu berani, ikhlas, jauhi sifat buruk, ambil tahu dan kekemasan diri. Modul ini mengambil masa 1 hari persekolahan bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 1.00 petang.

Kami di IQ Class Management amat berbesar hati dan berbangga kerana untuk tahun yang seterusnya diberikan kepeecayaan untuk membimbing kepimpinan muda SK Bandar Baru Bangi. Semoga usaha murni ini dapat melahirkan kepimpinan yang baik pada masa akan datang.

Catatan Popular