MENYEMAI MINAT BELAJAR

Belajar merupakan satu perkara penting yang perlu ada bagi seorang pelajar baik diperingkat rendah, menengah mahupun pengajian tinggi. Minat belajar harus dipupuk agar ia dapat membantu mengembangkan potensi diri seseorang itu. Belajar merupakan satu tanggungjawab peribadi apatah lagi dalam Islam dinyatakan tentang kewajiban untuk menuntut ilmu. Bahkan ia adalah tanggungjawab bersama sebagai seorang ahli keluarga, ahli masyarakat serta rakyat sesebuah negera. Jika tidak berlaku pembelajaran maka, pembangunan sesebuah institusi keluarga, masyarakat mahupun negara akan terencat serta ketinggalan dalam menyaingi perkembangan semasa dunia.


Permulaannya di mana? Menyemai minat belajar harus bermula dari diri sendiri yang tahu dan sedar tentang kepentingannya. Ia harus bermula dari meletakkan matlamat kehidupan yang ingin dicapai oleh diri kita sendiri. Kemudian, ia akan mula dipindahkan kepada pembentukan diri melalui sikap yang betul dan benar dalam mencapai kejayaan. Sikap yang betul dan benar ini dapat kita lihat pada peribadi individu melalui disiplin diri yang diserlahkan melalui pergaulan bersama teman-teman. Jika individu tersebut mudah terpengaruh dengan persekitaran khususnya teman mereka, maka mereka mempunyai disiplin yang rapuh dan mudah untuk dirosakkan.

Rentetan itu ia akan membentuk sikap buruk tadi terhadap guru dan ibu bapa yang membesarkan mereka. Maka, semaian itu perlu untuk dibaja dan disiram dengan peringatan dan nasihat yang tegas dan berterusan. Selepas pembentukan sikap ini berjaya mendisiplinkan diri, maka barulah usaha ini naik ke peringkat yang seterusnya iaitu kemahiran dalam belajar. Maka teknik-teknik yang sesuai, menarik serta mudah harus diketengahkan agar ini dapat meneruskan usaha semaian minat tadi khususnya dalam usaha untuk memastikan ia berterusan pada diri peribadi pelajar bahkan orang dewasa sekalipun. Maka, teknik menjadi penyudah dan pembangkit semangat kerana sudah semestinya, kita akan melakukan sesuatu perkara berterusan kerana kita telah menyukainya.

Follow by Email

BERSAMA KAMI