KEMAHIRAN KEPIMPINAN MUDA: MEMBERIKAN ARAHAN

Kepimpinan muda, harus mempunyai kekuatan baik dari segi penampilan, pencapaian akademik mahupun daya kepimpinan. Ini khusus dari sudut keyakinan diri pemimpin apabila berada dihadapan khalayak ramai. Kredibiliti mereka dibina tatkala mereka mula bersuara dan memberikan arahan. Telah berulang kali kita perhatikan setiap kali mereka memberikan arahan, sukar untuk teman-teman mereka mendengarnya apatah lagi untuk mengikutinya. Penegasa utama dalam isu ini kepada kepimpinan muda ini ialah perasaan hormat.

Kita menghormati orang lain maka kita akan mendapat hormat daripada orang lain. Penghormatan ini mereka harus berikan kepada ibu bapa, guru dan rakan-rakan mereka agar aur penghormatan itu melekat pada diri mereka dan penampilan mereka semakin meyakinkan. Latihlah kepimpinan muda ini bagaiman untuk menghormati orang lain dari sudut percakapan, perbincangan serta tingkah laku. Bermula dari sikap maka ia akan bergerak kepada kemahiran insaniah pelajar itu sendiri dari sudut bagaimana mereka memberikan arahan.

Kami di IQ Class Management memperkenalkan konsep ARAH yang membawa erti 'attention', 'repeat', 'ask', 'help'. Kepimpinan muda masih mentah untuk diberikan tugas ini tetapi itu tidak bermakna mereka tidak perlu dilatih atau diberikan kemahiran untuk memberikan arahan dengan baik. Keyakinan diri untuk berada di hadapan orang ramai kerap kali menjadi halangan kerana gugup dan malu. Minta mereka lawan perasaan tersebut dan lakukannya berkali-kali.

Apabila berada dihadapan orang ramai, mulakan dengan mendapatkan perhatian mereka. Alihkan pandangan mereka dengan beberapa cara seperti memberikan ucapan salam, teguran, meinggikan suara, atau mungkin dengan beberapa reaksi spontan dihadapan rakan-rakan lain. Kemudian, arahan diberikan dengan suara yang jelas. Ia juga sebahagian dari usaha untuk menarik perhatian. Ulangi arahan dan bertanyakan kepada rakan-rakan tentang apa yang disampaikan sama ada mereka faham atau tidak. Mudahkan? Perkara yang paling penting sebagai pembimbing kepimpinan muda adalah bantu mereka, dan mereka juga pastinya perlu sentiasa mendapatkan bantuan.

Bantuan bukan dari sudut guru atau rakan mereka sahaja, bahkan alatan seperti papan putih, pembesar suara dan mungkin apa sahaja barangan yang bersesuaian untuk digunakan. Semoga catatan ini bermanfaat khususnya buat pembimbing kepimpinan muda.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI