BENTUK CIRI KEPIMPINAN DARI MUDA

Kepimpinan merupakan satu seni yang menjadikan seseorang itu mampu membuatkan orang lain berbuat sesauatu yang diingininya dengan tidak memaksa orang lain melakukannya. Daya kepimpinan ini membolehkan sesebuah kelompok manusia itu bekerja dengan ikhlas, baik dan teratur.


Kemudaan yang ada pada diri remaja khususnya anak-anak di sekolah rendah merupakan aset penting untuk dibentuk menjadi pemimpin yang berkaliber. Ini kerana daya kepimpinan ini perlu melalui beberapa proses acuan sehingga menjadi hasil baik apabila cukup masaknya nanti. Maka, acuan ini amat penting kerana dapat kita lihat bagaimana pelajar-pelajar boleh terjebak dalam masalah gengsterism dan buli adalah disebabkan ciri kepimpinan yang ada pada diri mereka tidak diacukan mengikut citarasa keperluan masyarakat sebaliknya mengikut hawa nafsu mereka dan orang-orang berkepentingan lain.

Bentukkan ciri asas kepimpinan muda ini melalui 5 acuan mudah iaitu melalui teori BIJAK yang diperkenalkan IQ Class Management yang membentuk acuan berani, ikhlas, jauhkan keburukan, ambil tahu dan kemas diri. Acuan ini akan menjadi peribadi mereka bersedia untuk memimpin dan sentiasa menjadi perhatian teman-teman mereka dan dihormati di kalangan mereka.

Selepas ciri asas ini dibentuk, maka mereka perlu melalui proses untuk menjadikan mereka berkesan sebagai pemimpin di kalangan teman-teman mereka. Maka, kemahiran seperti ARAH (attention, repeat, ask, help) dan KETUA (kawal, elak, tegur, urus, ambil tahu) perlu diterapkan dalam diri mereka untuk memperkukuhkan asas yang ada tadi. Kemahiran ini perlukan latihan dan bimbingan yang berterusan sama ada di rumah bersama ibu bapa atau di sekolah bersama guru-guru mereka. Jika asas ini mengukuh di dalam diri mereka, deria kepemimpinan mereka akan cerdas dan menonjolkan bakat mereka.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI