ASAS KEPIMPINAN MUDA: PERLU BIJAK

Bijak merupakan aspek penting yang perlu ada pada seorang pemimpin. Mereka seharusnya bijak dalam segala hal yang menjadikan mereka istimewa berbanding orang lain. Perbezaan ini perlu ketara dan sebagai seorang pemimpin dia harus bijak untuk menyusun hidup mereka bagi memenuhi keperluan peribadi, keluarga, teman dan masyarakat.


Namun, bijak yang diperkenalkan oleh IQ Class Management di dalam Kursus Asas Kepimpinan Muda adalah bijak yang menjelaskan 5 ciri iaitu; berani, ikhlas, jauhi yang buruk, ambil tahu dan kemas diri. Asas ini mudah bagi membentuk gemerasi tunas kepimpinan ini memiliki keyakinan diri, kesungguhan, amanah serta penampilan diri mereka dapat dicontohi.

Berani merujuk kepada upaya mereka untuk berada dihadapan khalayak ramai, bercakap serta memberi arahan. Mereka perlu mengatasi ketakutan mereka yang akan membataskan daya kepemimpinan itu dan akhirnya tenggelam serta tidak menyerlah. Ikhlas pula adalah gerakan hati mereka yang menyebabkan mereka melakukan tugasan dengan bersungguh-sungguh serta menjaga amanah mereka dengan sangat baik. Ikhlas akan menyebabkan mereka melakukan sesuatu tugasan dengan sempurna tanpa mengharap sebarang balasan.

Jauhi yang buruk adalah asas terpenting memandangkan mereka ini adalah contoh yang perlu ditonjolkan. Jauhi yang buruk bukan bermakna mereka tidak membuat kesilapan, sebaliknya, kesilapan itu dibaiki dan dijadikan sempadan diri. Mereka harus sedar bentuk-bentuk keburukan yang wujud dikalangan teman-teman sekolah mereka.

Sebahagian dari kesalahan yang dilakukan teman-teman mereka perlu untuk mereka ambil tahu. Bukan setakat itu sahaja, bahkan mereka perlu tahu hal-hal berkenaan kedudukan bilik-bilik di sekolah mereka. Tahu tentang guru-guru mereka, peralatan serta apa dan siapa sahaja yang terdapat di sekolah mereka.

Akhir sekali sudah tentulah pemimpin muda perlu tampil kemas dihadapan orang lain yang melihat. Penampilan adalah cerminan kepada pemikiran, perasaan dan peesekitaran. Sebagai pemimpin, adalah penting untuk mengekalkan kekemasan diri, kerana mereka dilihat, dinilai dan diperbualkan oleh sesiapa yang melihat. Kepimpinan bukan sekadar memimpin orang lain tetapi yang lebih utama adalah memimpin diri sendiri. Hubungi kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Kursus Asas Kepimpinan Muda: BIJAK.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI