SK WANGSA MAJU ZON R10



7 Oktober 2012, Wangsa Maju - IQ Class Management kali ini bertandang ke SK Wangsa Maju Zon R10. Perjalanan kami agak berliku apabila menghadapi masalah pada awalnya untuk menemui sekolah ini. Alhamdulillah, perjalanan kami akhirnya tiba di sekolah pada jam 7.55 pagi. Ceramah kami dijadualkan pada jam 8.00 pagi dan kami dipelawa untuk bertemu dengan Guru Besar mereka.


Pelbagai pengalaman sempat kami perolehi ketika berbicara dengan Guru Besar mereka yang amat berpengalaman serta mempunyai misi dan visi yang jelas untuk anak murid mereka. Perbincangan mengenai persekolah mereka kami bincangkan hampir 15 minit dan akhirnya ceramah dimulakan sedikit terlewat. Seperti biasa, ceramah dimulakan oleh Perunding Utama  Latihan Dan Motivasi IQ Class Management.

Ceramah berjalan lancar dan kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi menjemput kami buat kali yang kedua selepas percubaan mereka yang pertama tidak diizinkan Allah s.w.t. Semoga usaha ini dberkati Allah dan mendapat manfaat kepada pelajar dan guru-guru SK Wangsa Maju Zon R10.

Catatan Popular