SK TAMAN SUNGAI BESI INDAH


28 September 2012, Sungai Besi - Perunding Utama Latihan Dan Motivasi IQ Class Management diiringi oleh Encik Mohammad Zaki dan FaDelaT, Mohd Azali telah tiba di SK Taman Sungai Besi Indah bagi menyampaikan ceramah 3 jam yang bertajuk Selangkah Ke Alam Remaja. Ceramah berlangsung dengan baik dan merupakan ceramah pertama seumpamanya bagi tahun 2012.



Peserta didedahkan tentang perubahan diri mereka, dunia remaja, pengaruh buruk serta cara untuk mengatasi sebarang pengaruh buruk yang ada. Ceramah bermula jam 8.30 pagi dan rehat pada jam 10.30 pagi. Kemudian bersambung pada jam 11.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari.


Penyampaian memberangsangkan dan dapat memberikan kesedaran kepada peserta dan diharapkan dengan pendedahan ini peserta akan lebih bersedia untuk melangkah masuk ke alam remaja atau lebih tepat lagi ke alam persekolahan menengah.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI