SK SERENDAH

5 Oktober 2012, Serendah - Sekali lagi kami menerima pelawaan bagi menganjurkan ceramah Selangkah Ke Alam Remaja dan kali ini kami bertandang ke SK Serendah untuk kali yang kedua pada tahun 2012. Kami disambut mesra guru-guru yang bertugas dan membuat persiapan sementara menunggu pelajar memenuhkan dewan.


Ceramah bermula jam 8.00 pagi untuk kelompok yang pertama sebelum mereka dibenarkan rehat. Kami di maklumkan bahawa pada hari ini, berjalan peperiksaan Bahasa Arab serentak diseluruh daerah Hulu Selangor tetapi ia tidak menyekat peluang peserta untuk bersama IQ Class Management mengikuti ceramah yang penting untuk perkembangan mereka di sekolah menengah.

Kami di IQ Class Management amat berbesar hati dan berharap usaha yang dijalankan ini akan dapat menimbulkan kesedaran ke dalam diri pelajar dan mereka menjadikannya sebagai benteng dari terjebak dengan aktiviti yang tidak berfaedah ketika di sekolah menengah nanti. Kami ucapkan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah yang tidak jemu dan masih memberikan kepercayaan kepada kami untuk menyampaikan ceramah ini. Semoga Allah memberkati usaha-usaha yang dijalankan.

Catatan Popular