SK Parit Enam Sungai Besar

6 Oktober 2012, Sungai Besar - Perunding Utama Latihan Dan Motivasi telah berada di SK Parit Enam Sungai Besar bagi memenuhi jemputan ceramah bersama pelajar tahun 6 bertajuk Selangkah Ke Alam Remaja. Pengalaman di sekolah ini sedikit berbeza dengan pengalaman di sekolah-sekolah sibuk di bandar. Pelajarnya bersopan serta kurang bercakap ketika mendengar ceramah. Ini menjadikan ceramah berjalan lancar.


Namun, sikap itu jika diperhatikan dan diamati betul-betul, menampakkan jelas kurang berlaku persaingan diantara pelajar. Topik perbincangan adalah sama sebagaimana sebelumnya dan pelajar memberikan perhatian yang cukup baik. Sebahagian dari contoh yang diberikan mungkin telah sampai ke telinga mereka kerana apabila ia diperkenalkan, mereka seakan tahu apa yang dibicarakan.

Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah kerana ingin menjadikan ceramah ini sebahagian dari usaha membentuk pelajar-pelajar sebelum mereka melangkah ke sekolah menengah. Kami mendoakan agar usaha ini diberkati Allah s.w.t..

Catatan Popular