SK JUGRA DI SUKIDA

30 September 2012, Semenyih - IQ Class Management mula memasuki SUKIDA Resort pada 28 September 2012 untuk menerima kunjungan pelajar-pelajar tahun 4. 5 dan 6 dari SK Jugra. Kem yang berlangsung selama 3 hari 2 malam dibantu dan mendapat bimbingan oleh FaDelaT iaitu Mustaffa, Syaifuddin, Amirul Syafiq, Muzaiyana dan Nadia.



Kem berjalan lancar dengan penglibatan baik dari semua peserta bermula dengan pemecah bendungan pada malam pertama dan aktiviti operasi burung hantu pada lewat malam pertama. Pagi hari kedua peserta mula bergerak keluar dari kem untuk merentas hutan di Sungai Tekala dan kemudian berakhir dengan mandi-manda di Sungai Tekala. Selepas solat Zohor, peserta bergerak untuk satu aktiviti kembara yang diberi nama Kembara SUKIDA Resort.


Aktiviti hari kedua berakhir dengan persembahan lakonan dan nyanyian oleh peserta dan satu sesi ceramah Selangkah Ke Alam Remaja pada hari akhir kem disampaikan oleh Encik Kamarul Azami. Kami mendoakan agar semua peserta mendapat pengajaran dan pembelajaran yang baik dari kem ini dan sentiasa menjadikan ia sebagai satu pengalaman berharga sepanjang hidup mereka.

Catatan Popular