SK CONVENT SENTUL (2)

4 Oktober 2012, Sentul Kuala Lumpur - Jam 2.00 petang, IQ Class Management memulakan siri ceramah Selangkah Ke Alam Remaja yang kedua buat hari ini. Ceramah yang kedua ini berlangsung di SK Convent Sentul (2) dan berjalan dengan lancar.


Ini merupakan kelompok pelajar perempuan yang kedua mengikuti ceramah ini yang dimulai dengan sesi ceramah pada sebelah pagi di sekolah jiran mereka SK Convent Sentul (1). Ceramah ini juga menekankan beberapa aspek utama pada ciri kewanitaan pelajar yang harus mereka tahu dan pelihara dengan sebaik mungkin.

Ceramah ini, tidak menyentuh soal seksualiti secara keseluruhannya tetapi sebaliknya lebih banyak menekankan soal pengaruh buruk yang ada disekitar mereka. Semoga usaha pihak sekolah ini mendapat perhatian khususnya dari kelompok guru-guru di sekolah menengah untuk menyambung usaha ini secara bersungguh-sungguh. Terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberikan kami kepercayaan untuk menyampaikan maklumat ini. Semoga usaha ini dibalas Allah s.w.t. sebagai amal jariah yang berkekalan sehingga hari akhirat.

Catatan Popular