SK CONVENT SENTUL (1)

4 Oktober 2012, Sentul Kuala Lumpur - Kali ini, IQ Class Management dipelawa untuk memberikan ceramah bertajuk Selangkah Ke Alam Remaja bersama pelajar perempuan di SK Convent Sentul (1) Kuala Lumpur. Ceramah berlangsung dengan lancar dan di dalam ceramah kali ini, kami di IQ Class Management memulakan tekad baru untuk menjalankan beberapa kaji selidik umum mengenai pengetahuan dan keterlibatan pelajar tahun 6 dengan gejala sosial disekitar mereka.


Alhamdulillah, ceramah berjalan dengan lancar dan pelajar memberikan kerjasama yang memberangsangkan. Kami di IQ Class Management mengharapkan, impak dari keprihatinan guru terhadap masa depan anak murid mereka ini berbaloi dan mendapat restu dari keluarga dan juga masyarakat sekitar.

Usaha ini harus diteruskan dan dilakukan oleh lebih banyak pihak agar ia memberikan kesan langsung dan tidak langsung kepada remaja supaya mereka lebih berhati-hati dan berwaspada. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah atas kepercayaan yang diberikan ini. Semoga Allah membalas jasa baik kalian.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI