SK BATU 4 (1) JALAN IPOH

3 Oktober 2012, Jalan Ipoh Kuala Lumpur - Ceramah yang dirangka untuk memberikan peringatan dan nasihat berguna buat pelajar-pelajar tahun 6 terus mendapat sambutan baik dari kalangan guru-guru sekolah. Langkah IQ Class Management seterusnya ke SK Batu 4 (1) Jalan Ipoh Kuala Lumpur. Ceramah kami bermula jam 1.30 petang dan diakhiri pada jam 3.30 petang.


Pelbagai maklumat kami sampaikan agar ia menjadi dinding dan peringatan apabila mereka melangkah masuk ke sekolah menengah. Penerimaan pelajar amat baik dan kesediaan mereka untuk mendengar ceramah elok dipuji. Ceramah menyentuh serba sedikit mengenai perubahan diri mereka, dunia kanak-kanak dan dunia remaja serta pengaruh yang akan datang kepada mereka tanpa perlu dijemput, bahkan akan subur tanpa perlu dibaja.

Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih buat pihak sekolah yang memberikan kepercayaan yang tidak terhingga kepada kami sehingga hampir setiap tahun kami memenuhi jemputan-jemputan ini. Semoga usaha ini dberkati Allah s.w.t..

Catatan Popular