LAGI DI SK BATU 4 (1) JALAN IPOH

6 Oktober 2012, Jalan Ipoh - Minggu kedua IQ Class Management menerima jemputan dari SK Batu 4 (1) Jalan Ipoh dan kali ini, kami bertemu dengan pelajar-pelajar tahun 4 dan 5 sebagai persiapan untuk ke tahun 2013. Pelajar-pelajarnya aktif dan memberikan respon yang sangat baik.


Ceramah kami bermula jam 1.30 petang dengan didahului oleh FaDelaT kami Encik Adri dan disusuli dengan ceramah yang disampaikan oleh Perunding Utama Latihan Dan Motivasi Kami. Ceramah berlangsung selama 2 jam dengan diakhiri dengan sedikit latihan minda yang disampaikan oleh Mohammad Zaki.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih kerana memberikan kepercayaan kepada kami untuk memberikan sedikit informasi kepada pelajar untuk membuat persiapan sebelum peperiksaan akhir tahun mereka. Semoga usaha ini diberkati Allah s.w.t..

Catatan Popular