TRAINING OF THE HIGH QUALITY TEAM

Pasukan yang terbaik merupakan sebuah pasukan yang mempunyai matlamat yang jelas, pengarahan yang baik serta ahli pasukan yang sentiasa komited membantu membangunkan pasukan mereka. Sebarang usaha untuk membangunkan pasukan haruslah melibatkan 2 elemen penggerak pasukan iaitu ketua dan ahli pasukannya. Kerap kali ketua menemui jalan buntu apabila pasukan yang mereka ketua tidak membuahkan hasil yang memberangsangkan dan kadang kala mereka merasakan ia adalah kerana kurangnya kerjasama dan persefahaman di dalam pasukan tersebut.

Bagi kami di IQ Class Management, untuk membina sebuah pasukan yang berkualiti dan terbaik ia memerlukan 4 kriteria yang utama dan saling mengukuhkan iaitu kemampuan untuk berpasukan, bertenaga, mempunyai cita-cita yang besar dan jelas serta mudah mengurus dan diuruskan.

Maka, atas dasar keperluan itulah, kami di IQ Class Management dengan berbesar hati menawarkan sebuah kursus yang dibina bagi memenuhi keperluan tersebut. ‘Training Of The High Quality TEAM’ atau HQ TEAM merupakan salah satu tindakan bijak pihak pentadbir, majikan, pihak atasan atau mungkin ketua pasukan untuk dilaksanakan bersama kakitangan mereka bagi mendapatkan pasukan yang tinggi kualiti dari segi kerjasama, semangat berpasukan, matlamat pasukan serta kekuatan pengurusan pasukan. Mereka ini, akan dibentuk menjadi pasukan yang mampu bekerja dengan penyeliaan yang sedikit.

Isi kandungan HQ TEAM mencakupi perkara-perkara yang berkait rapat dengan pembinaan pasukan seperti membentuk kesefahaman, kerjasama melalui komunikasi yang berkesan, menyemarakkan kerja berpasukan dengan saling membantu dan membakar semangat rakan, membina pasukan dengan matlamat yang sama dan jelas, serta mewujudkan pasukan yang boleh diuruskan dalam apa jua keadaan dan masa juga boleh menguruskan apabila diperlukan. Oleh itu, proses komunikasi serta interaksi mereka akan teruji dan adalah penting untuk memastikan pemecah bendungan berjalan dengan baik dan berkesan.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI