SMK SENTUL UTAMA

28 Ogos 2012, Sentul, Kuala Lumpur - IQ Class Management diwakili oleh Perunding Latihan Dan Motivasi Encik Mohammad Zaki telah memenuhi jemputan ceramah Kemahiran Belajar untuk pelajar tingkatan 3 di SMK Sentul Utama. Ceramah berlangsung selama 2 jam 30 minit untuk 2 sesi bermula jam 8.00 pagi sehingga 10.30 pagi dan disambung pada jam 11.00 pagi hingga jam 1.30 petang.


Ceramah menjelaskan tentang kekuatan dan otak, peranan dan fungsinya di dalam pembelajaran, teknik mengingat, teknik peta minda serta beberapa latihan minda yang memberikan impak kepada penggunaan sihat otak pelajar-pelajar. Sesi berjalan lancar walaupun terdapat beberapa halangan kecil kepada penceramah, tetapi itu yang akan memberikan pengalaman dan pengajaran kepada tenaga pengajar di IQ Class Management.

Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah yang sudi menjemput kami dan mudah-mudahan usaha yang dilakukan diberkati Allah.

Catatan Popular