SK PUCHONG JAYA (2)

29 Ogos 2012, Puchong - IQ Class Management telah memenuhi jemputan terakhir bagi Bengkel Pecutan Akhir UPSR 2012 di SK Puchong Jaya (2). Bengkel yang dimulakan pada jam 8.00 pagi itu tamat pada jam 1.00 petang dengan dihadiri oleh 100 orang peserta bersama perunding-perunding kami.


Sebagaimana dalam sesi-sesi sebelum ini di sekolah-sekolah lain, Perunding Utama Latihan Dan Motivasi Encik Kamarul Azami memulakan bicara dengan taklimat serta penumpuan peserta terhadap bengkel. Ia disusuli dengan isi kandungan bengkel yang menyentuh soal persediaan, aba yang patut dilakukan serta perkara yang perlu mereka jadikan peringatan.

Sesi berjalan lancar dengan penglibatan Perunding Latihan Dan Motivasi Encik Mohammad Zaki dan Encik Johari. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih buat pihak sekolah yang memberikan tanggungjawab ini kepada kami dan semoga usaha ini diberkati Alah s.w.t..

Catatan Popular