SK ASSAM JAWA

25 September 2012, Assam Jawa, Kuala Selangor - IQ Class Management telah menerima jemputan sekali lagi untuk ke Sekolah Kebangsaan Assam Jawa bagi melaksanakan Kursus Menyemai Minat Belajar bersama pelajar tahun 5 dan anak-anak asnaf zakat di sana.


Kursus yang berasaskan persiapan pelajar untuk memasuki tahun peperiksaan mengetengahkan beberapa tips, pesanan, perubahan sikap serta motivasi diri untuk pelajar menghadapi peperiksaan UPSR pada masa akan datang. Di samping pelajar-pelajar tahap 1 pula dipertingkatkan kemahuan mereka untuk belajar dan berjaya.

IQ Class Management diwakili oleh perunding-perundingnya dan dibantu oleh fasilitator Azali dan Fawwaz. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan dan berharap ia sebagai permulaan yang baik bagi mengejar kejayaan anak-anak pada tahun akan datang. Terima kasih.

Follow by Email

BERSAMA KAMI