SAM JERAM KALI KE 2

5 September 2012, Jeram, Kuala Selangor - IQ Class Management sekali lagi bersama perunding-perunding dan FaDelaTnya ke SAM Jeram bagi bersama kelompok kedua PMR. Bengkel yang berlangsung sebagaimana hari sebelumnya juga mendapat maklumbalas yang baik dari peserta.


Sesi pagi dimulakan oleh Perunding Utama Latihan Dan Motivasi dengan beberapa suaikenal serta aktiviti regangan minda. Kemudian aktiviti disambung dengan permainan bingo serta pengajaran disebaliknya. Selepas rehat, peserta diingatkan tentang peranan dan sikap mereka dalam belajar oleh Perunding Encik Johari. Kemudian ia disambung dengan penetapan matlamat pembelajaran dengan dibantu fasilitator FaDelaT saudara Ahmadi.

Aktiviti berikutnya adalah permainan nombor dan disusuli dengan perbincangan teknikal dan beberapa tips belajar berkesan oleh perunding Encik Mohammad Zaki. Sesi terakhir semula bersama Encik Kamarul Azami untuk aktiviti serta penerangan mengenai pengurusan stres peperiksaan. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih atas kepercayaan yang diberikan dan mudah-mudahan segala usaha ini diberkati Allah s.w.t.

Catatan Popular