KURSUS EKSPLORASI PEMBINAAN PASUKAN

Pasukan yang terbaik merupakan sebuah pasukan yang mempunyai matlamat yang jelas, pengarahan yang baik serta ahli pasukan yang sentiasa komited membantu membangunkan pasukan mereka. Sebarang usaha untuk membangunkan pasukan haruslah melibatkan 2 elemen penggerak pasukan iaitu ketua dan ahli pasukannya. Kerap kali ketua menemui jalan buntu apabila pasukan yang mereka ketua tidak membuahkan hasil yang memberangsangkan dan kadang kala mereka merasakan ia adalah kerana kurangnya kerjasama dan persefahaman di dalam pasukan tersebut.

Bagi kami di IQ Class Management, sesebuah pasukan yang terbaik, bukan hanya memerlukan kerjasama dan persefahaman, bahkan ia memerlukan kriteria peribadi ahli pasukan yang sangat tinggi dan memotivasikan. Setiap individu ahli pasukan perlu memainkan peranan dalam memastikan matlamat organisasi mereka tercapai pada tahap yang maksimum.

Maka, atas dasar keperluan itulah, kami di IQ Class Management dengan berbesar hati menawarkan sebuah kursus yang dibina bagi memenuhi keperluan tersebut. Kursus Eksplorasi Pembinaan Pasukan atau Eksplorasi merupakan salah satu tindakan bijak pihak pentadbir, majikan mahupun pihak atasan untuk anjurkan kepada kakitangan mereka bagi mendapatkan individu ahli pasukan yang meningkatkan dari segi semangat kerja berpasukannya, semangat motivasi kerjanya, matlamat kerja yang jelas serta mudah untuk diuruskan dan bekerja di bawah penyeliaan yang kurang.

Isi kandungan Eksplorasi mencakupi perkara-perkara yang berkait rapat dengan pembinaan peribadi yang berkesan di dalam pasukan seperti pembinaan matlamat, amalan kerja yang berterusan, sikap positif, rasa tanggungjawab serta pengurusan masa yang berkesan. Selain itu, ia juga memberikan ruang secukupnya kepada peserta untuk meningkatkan proses interaksi, komunikasi dan pemecah bendungan di dalam organisasi.

Pendaftaran Kem Cuti Sekolah 2017

Follow by Email

BERSAMA KAMI