RAMADHAN DI PEJABAT DAERAH DAN TANAH LIPIS



2 Ogos 2012, Kuala Lipis, Pahang - IQ Class Management telah berada di Pejabat Daerah Dan Tanah Lipis untuk Kursus Etika Kerja, Disiplin Dan Motivasi selama 1 hari bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Walaupun berada di dalam bulan Ramadhan dan ketiga-tiga perunding IQ Class Management berpuasa, ia tidak langsung menjadi halangan untuk mereka terus menyampaikan dan melaksanakan kursus dengan lancar dan memberangsangkan.



Maklumbalas peserta secara keseluruhannya berpuas hati dan terdapat sebahagiannya mencadangkan agar kursus ini dipanjangkan. Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih atas pujian dan penghargaan ini. Namun, kami sedar bahawa segala usaha dan keseronokan peserta itu bukanlah disebabkan perunding tetapi diri peserta sendiri yang ikhlas dan bersungguh-sungguh mengikuti kursus ini.


Kursus seperti biasa dimulakan dengan istighfar dan ditetapkan matlamat akhir kursus ini. Semoga kursus ini dapat memberikan dorongan dan motivasi serta menjelaskan lagi peranan peserta sebagai pekerja yang mencari keredhaan Allah s.w.t.. Kami di IQ Class Management mendoakan semoga kebaikan dan rahmat ALlah s.w.t. terus bersama kakitangan Pejabat Daerah dan Tanah Lipis.

Catatan Popular