PEMECAH BENDUNGAN

Mungkin ramai dikalangan kita yang jarang menggunakan istilah pemecah bendungan. Ya, kebanyakan kita mudah menggunakan perkataan Inggeris yang bermaksud pecahkan ais iaitu 'ice-breaking'. Aktiviti pemecah bendungan menjelaskan kepada kita bahawa mereka yang menjalankan aktiviti ini perlu melakukan beberapa tugas dan ianya adalah amat penting.


Bendung membawa maksud penghalang. Maka, tugasannya adalah untuk memecahkan penghalang antara peserta yang mungkin berlaku dalam bentuk komunikasi, segan dan malu, kurang semangat, tiada idea, pasif atau pemikiran-pemikiran yang negatif. Kesannya akan menjadikan peserta tadi lebih aktif, berdaya saing, berkomunikasi dengan berkesan serta positif dalam tindakan mereka.

Falsafah mudah bagi pelaksana aktiviti pemecah bendungan, jika mereka boleh ketawa bersama, maka kita telah melepasi tahap utama aktiviti ini. Pemecah bendungan ini penting kerana ia merupakan aktiviti yang akan memberikan momentum kepada keseluruhan aktiviti lain yang bakal dilaksanakan. Bagi seorang penceramah, dia memerlukan sekurang-kurangnya 20 minit untuk memulakan ceramahnya dengan pemecah bendungan, begitu juga dengan fasilitator di dalam LDK. Biasanya, 1 aktiviti LDK diperuntukkan untuk pemecah bendungan sahaja.

Apatah lagi apabila ia melibatkan kursus panjang selama 2 atau 3 hari. Maka, ia akan berterusan sepanjang waktu kursus dan satu slot selama 1 jam 30 minit atau 2 jam untuk aktiviti pemecah bendungan sahaja. Pernah anda melaksanakannya? Ingin mencubanya?

Mulakan dengan positifkan diri anda. Sentiasa bertindak ceria perbanyakkan humor dalam aktiviti, kurangkan membebel dan banyakkan aktiviti yang berbentuk komunikasi, interaksi dan provokasi. Selamat mencuba!

Follow by Email

BERSAMA KAMI