SMK COCHRANE PERKASA DI SUKIDA RESORT



15 Julai 2012, Semenyih - IQ Class Management, bersama fasilitator Saifullah, Sedana, Suhana dan Liyana telah berada di SUKIDA Resort selama 3 hari 2 malam berprogram bersama pelajar-pelajar terpilih dari SMK Cochrane Perkasa. Perlaksanaan program yang diketuai oleh Encik Johari berlangsung dengan baik dan lancar. Ketibaan peserta pada lewat jam 5.00 petang pada hari pertama iaitu 13 Julai 2012 memberikan pengalaman baru buat kami semua.


Kursus yang bertemakan 'Strategy - Mindsets - Attitude - Responsible - Time Management' ini dengan jelas menampakkan 5 prinsip di sepanjang kursus ini berlangsung. Peserta begitu teruja mengikuti kursus ini bermula dari sesi taklimat pada hari pertama, sesi suaikenal, aktiviti berkumpulan sehinggalah pada saat akhir peserta di SUKIDA Resort pada 15 Julai 2012. Pelbagai kenangan serta aktiviti yang sentiasa kekal di dalam ingatan kami selaku penganjur bahkan peserta-peserta.


Kami di IQ Class Management mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah SMK Cochrane Perkasa yang memberikan kepercayaan kepada IQ Class Management untuk menjalankan aktiviti ini. Sekalung tahniah juga buat peserta dan guru-guru kerana menunjukkan komitmen yang begitu tinggi dan jitu. Kami akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat kalian semua.

Catatan Popular